Siapa sangka beg udara yang ‘meletup’ boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain?. Subaru dan Toyoda Gosei menghasilkan beg belanja yang terbuat dari sisa kain beg udara.
Ini bukanlah pertama kali sisa beg udara digunakan, kerana Asics salah satu jenama sukan ternama menggunakan material tersebut pada kasut lari.
Beg dengan material beg udara itu kukuh dan memiliki ketahanan yang baik terhadap panas dan air.
Beg Marché itu memiliki saiz tinggi 550mm, lebar (340mm), dan kedalaman (120mm), tetapi dapat dilipat dengan rapi dan disimpan dalam poket.
Selain itu, Subaru mengatakan beg berkenaan boleh memuatkan selimut ukuran penuh dan barang lainnya kerana saiz bukaan yang besar.
Beg berwarna biru muda itu dipadankan dengan garis-garis warna biru atau merah muda pada bahagian pemegang menambah sentuhan personalisasi.
Selain itu, terdapat sepetak bahan reflektif di antara garis-garisnya, sehingga lebih mudah terlihat di malam hari. Tentu saja, produk tersebut tidak akan lengkap tanpa label Subaru.
Sayangnya untuk saat ini belum ada versi dengan lencana STi ataupun warna world rally blue.
Beg Marché yang mesra alam itu boleh dibeli di official Subaru Online Shop pada harga Yen 2,750 (RM90.78).