APMM tahan bot pukat tunda bersama tiga nelayan Myanmar

405

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat tunda bersama tiga nelayan warga Myanmar pada kedudukan 11.3 batu nautika barat daya Kuala Gula, Kuala Kurau semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 4.15 petang ketika anggotanya melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong berumur 23 hingga 39 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot itu.



“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot terbabit memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik,” katanya.

Katanya, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here