Ducati mencatatkan penjualan sejumlah 14,725 unit pada suku pertama 2023, sekali gus menjadi rekod baharu bagi jenama motosikal dari Itali itu.
Daripada jumlah itu, Multistrada V4 adalah dalam model popular dalam rangkaian Ducati dengan 2,668 model yang dihantar ke seluruh dunia di dunia dalam tempoh tiga bulan pertama 2023, diikuti Monster dengan 2,005 unit.
Model ketiga pula ialah DesertX dengan 1,442 penghantaran, yang merupakan rangkaian produk baharu dalam jenama berkenaan.
Sementara itu, Itali berada di kedudukan pertama dengan 2,717 motosikal dihantar dan pertumbuhan sebanyak 7 peratus berbanding tempoh tahun lalu
Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran kedua terbesar bagi Ducati, meningkatkan penghantaran sebanyak 21 peratus pada suku pertama 2023 dengan 1,677 motosikal.
Jerman di kedudukan ketiga, juga memperoleh pertumbuhan sebanyak 21 peratus berbanding tempoh sama 2022 dengan 1,666 motosikal dihantar.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali berkata, selepas menutup tahun terbaik ada 2022, pihaknya memulakan 2023 dengan kukuh yang membuahkan hasil dengan hebat.
Menurutnya, berdasarkan angka positif itu, pihaknya terus berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik, dengan matlamat utama untuk memuaskan hati semua Ducatisti dalam komuniti kami yang cantik.