Remaja intai isteri orang dalam tandas stesen minyak dicekup

725

Polis Ranau menahan seorang remaja lelaki selepas disyaki mengintai dan merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak pada 29 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, siasatan mendapati suspek berusia 19 tahun itu bertindak merakam mangsa di dalam tandas menggunakan telefon bimbit miliknya.

Mangsa dan suaminya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum berhenti seketika di stesen minyak itu untuk berehat dan menggunakan tandas.



“Bagaimanapun, terdapat pergerakan mencurigakan di atas dinding tandas ketika mangsa sedang membuang air kecil dan mengesan sebuah telefon sedang membuat rakaman.

“Mangsa wanita itu kemudiannya bergegas keluar dari tandas dan mengenalpasti lelaki disyaki melakukan rakaman berkenaan sebelum remaja itu ditahan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here