JPJ Pahang lelong kenderaan lucut hak, ada Nissan Fairlady, Honda Integra dan Subaru Impreza!

4122

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang bakal membuat tawaran lelongan kenderaan yang dilucut hak pada hujung bulan ini.

Lelongan itu membabitkan 42 motokar, MUV (27 unit) dan motosikal (24 unit) yang akan diadakan di ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ, K๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜€ ๐—๐—ฃ๐— ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ผ๐˜๐—ฎ.

Kenderaan yang menerima perhatian dalam video tiktok JPJ Pahangย adalah kenderaan JDM membabitkan Nissan Fairlady, Honda Integra dan Subaru Impreza.



Beberapa kenderaan lain yang ada dalam video berkenaan juga seperti Honda Jazz GD, Odyssey, Civic dan City turut kelihatan dalam video berkenaan.

Kenderaan dua roda pula Yamaha Lagenda, Honda Wave Dash serta EX5 dan beberapa jenama lain.

Orang awam berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat untuk membida dijemput untuk menyertai Pelelongan Awam Kenderaan Sita (Lucut Hak) Bil 1 Tahun 2023 itu.

 

@jpjpahang LELONGAN AWAM KENDERAAN SITA DI JPJ PAHANG PADA 30.05.2023 #jpjpahang #wargakuantan #hondaintegra #subaruwrx #keretalelong #jpjmalaysia #restorekereta โ™ฌ Mexico Cruise (Interlude) – DJ Zone

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here