Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pemuda berkongsi lampu nyala siang (DRL) Perodua Myvi facelift menjadi sasaran pencuri.
Pemilik Myvi itu menyatakan dia meletakkan keretanya di kawasan Setapak. Menerusi gambar yang dikongsi, pendawaian yang terdedah tidak rosak dan hanya lampu yang dicuri.
Walaupun tidak perlu membuat pendawaian, lampu Myvi itu sahaja bernilai sekitar RM290 jika dibeli dari Shopee.
Netizen di ruangan komen membuat spekulasi kemungkinan pencuri merupakan pemilik Myvi. Kebarangkalian dia tidak ingin membelanjakan RM290.
Ada yang menyatakan Myvi tidak selamat dan mencadangkan untuk menggunakan kit badan ‘GearUp’ untuk menjadikannya selamat.