Sebuah video tular di media sosial yang menyatakan lapan orang warga negara Indonesia menipu imbasan tiket kereta api laju Shinkansen, Jepun.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dikatakan kesemua mereka bakal dihantar pulang.
@e9_ash Hemm lebih hati” pai,yang udah bossen di jepang,dan pengen cepet” pulang indo, bisa ikuti cara seperti di vidio ini😁#2023 #nembakshinkansen #sinkansenjapan🚄 #sinkansen🚅 #dipulangkan #indonesia #jepang #fouryou #kensusei🇮🇩🇯🇵
“Lapan warga negara Indonesia (WNI) dipulangkan ke Indonesia kerana tertangkap menipu tiket Shinkansen,” tulis kapsyen video berkenaan.
Berdasarkan beberapa portal berita Indonesia, difahamkan kumpulan berkenaan membeli satu tiket kereta api Shinkasen lalu digunakan bersama.
Akibat kejadian itu, beberapa warga Indonesia di Jepun turut menerima kesan apabila sering diperiksa petugas kereta api sebelum bertolak.
@donorianto10 Dunia pertiketan dasar dan jemputan sedang tidak baik2 saja #kenshuseijapan🇮🇩🇯🇵 #nembakshinkansen #tiketdasar
Buat masa ini, menurut Liputan6 masih belum dapat disahkan individu yang terakam kamera itu adalah warga Indonesia.
Pihak Kedutaan Besar Indonesia ke Tokyo mengaku belum mendapatkan maklumat berkaitan kejadian tersebut.
Walau bagaimanapun, hukuman terhadap tindakan itu tidaklah sehingga perlu dihantar pulang melainkan hanya dikenakan denda.
“Mengenai hukuman, kalau kes seperti itu biasanya denda. Kalau penghantaran pulang biasanya kalau tinggal lebih tempoh atau jenayah,” katanya.