[Video] Buka pintu pesawat pada ketinggian 700 kaki, pemuda Korea berdepan penjara 10 tahun

599

Satu rakaman video mencemaskan tular di media sosial apabila seorang pemuda bertindak membuka pintu pesawat pada ketinggian 700 kaki iaitu kira-kira dua hingga tiga minit sebelum mendarat.

Tindakan itu menyebabkan penumpang dan anak kapal ketakutan ketika pesawat ingin mendarat di Daegu, Korea, petang semalam.

@whatsotv1

아시아나항공 비상문열림

♬ 오리지널 사운드 – whatsotv1 – whatsotv1



Susulan kejadian itu, penumpang kapal terbang Asiana Airlines Airbus A321 berpaut pada perehat tangan tempat duduk ketika angin kuat masuk ke kabin. 

Menerusi laporan akhbar, pemuda berusia sekitar 30-an yang duduk di kerusi kecemasan itu ditahan sebaik pesawat mendarat. Dia mengaku membuka pintu tersebut bagaimanapun tidak menyatakan alasan bertindak sedemikian.

Pesawat yang membawa 194 penumpang tersebut selamat mendarat dan 12 penumpang yang menunjukkan gejala kesukaran bernafas segera dibawa ke hospital. Pesawat itu turut membawa 48 atlet remaja yang akan bertanding dalam acara sukan negara di bandar Olsan.

Pakar penerbangan Geoffrey Thomas dari Penilaian Syarikat Penerbangan menyifatkan insiden itu sebagai “sangat pelik.”

Dia memberitahu CNN: Secara teknikal, mustahil untuk membuka pintu itu ketika penerbangan. Nampaknya tidak masuk akal bahawa pintu itu boleh dibuka pada mulanya dan melawan arah aliran udara secara teknikalnya mustahil, entah bagaimana ia boleh berlaku.

PENJARA 10 TAHUN

@cp24breakingnews

A passenger opened an emergency exit door during a South Korean flight Friday, causing air to gust inside the cabin before the plane landed safely, airline and government officials said. Some people aboard the Asiana Airlines Airbus A321 aircraft tried to stop the person from opening the door but it was eventually opened partially, the Transport Ministry said. For more, tap the link in @cp24breakingnews bio.

♬ original sound – cp24

Sementara itu, menurut portal ABC News, lelaki Korea Selatan berkenaan bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa membuka pintu keluar kecemasan ketika pesawat masih di udara.

Membuka pintu pesawat adalah mustahil ketika berada pada ketinggian pelayaran atau melebihi 10,000 kaki kerana tekanan udara.

Bagaimanapun, apabila pesawat semakin rendah, pakar mengatakan ada kemungkinan pintu terbuka kerana tekanan di luar menyamai tekanan kabin pesawat.

Pemuda yang membuka pintu pesawat dibawa ke balai polis di Daegu, Korea Selatan.

“Pada ketinggian pelayaran terdapat tekanan yang mencukupi di dalam kabin sehingga ia menolak pintu ke badan kapal terbang tetapi, apabila kapal terbang turun, maka tekanan mula sama.

“Ia mungkin pada ketinggian yang sangat rendah seperti yang kita lihat pada kejadian ini, pintu itu dibuka ketika pesawat masih dalam penerbangan. 

“Adalah penting semua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum mendarat. Tiada siapa akan tersedut keluar dari kapal terbang tetapi orang yang membuka pintu sudah pasti berisiko ‘terbang’ keluar,” jelas penyumbang ABC News dan bekas Kol Marin, Steve Ganyard.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here