Tular video penunggang motor tendang Perodua Myvi, polis minta perakam tampil ke IPD PJ

612

Pihak polis meminta perakam video seorang penunggang motosikal menendang sebuah Perodua Myvi yang tular dua hari lalu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Ketua polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya mengesan video tersebut pada 29 Mei, kira-kira jam 8 malam yang dimuatnaik pemilik akaun Facebook Ryan Foong.



“Kejadian itu memaparkan sebuah motosikal jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah membuat aksi menendang Perodua Myvi yang memandu di lorong kanan.

“Kejadian ini dipercayai ekoran daripada penunggang motor tidak puas hati dengan kereta itu yang menukar lorong secara bahaya,” jelasnya.

Insiden itu dipercayai berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong yang dirakamkan pada 26 Mei pada jam 8.05 malam. 

Hasil pemerhatian, ia tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan perakam video diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan. 

Tonton video DI SINI. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here