Honda WR-V 2023: Ini jawapan kami sekiranya anda mahu memiliki SUV terbaharu Honda itu

7032

Kehadiran SUV bersaiz kecil, Honda WR-V untuk pasaran Malaysia boleh dikatakan agak bertepatan buat masa kini.

Ini kerana permintaan kenderaan SUV untuk pasaran tempatan boleh dikatakan meningkat setiap tahun.

Buat masa ini, SUV bersaiz kecil hanya didominasi oleh Perodua Ativa dan kehadiran Honda WR-V boleh menjadi pilihan baru untuk masyarakat tempatan.



Selepas Honda memberi maklumat awal, bahawa mereka akan memperkenalkan SUV bersaiz kecil, bertalu-talu penulis ditanya oleh pembaca, bila WR-V ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Buat masa itu, tiada maklumat lengkap yang penulis tahu kecuali hanya berdasarkan bacaan daripada artikel mengenainya yang disiarkan di luar negara termasuk Indonesia dan Thailand. Ini kerana kedua-dua negara itu, terlebih dahulu menerima kenderaan berkenaan.

Namun pada penghujung Mei lalu, Honda Malaysia menjemput media tempatan untuk menguji Honda WR-V di Thailand untuk pandu uji ringkas sebagai pengenalan awal berhubung kenderaan berkenaan.

Penulis memandu bersama rakan media bermula dari Bangkok ke Pattaya pada hari pertama, manakala hari kedua bermula Pattaya ke Rayong dan patah balik ke Pattaya. 

Jadi segala persoalan awal daripada pembaca, penulis jawab dalam artikel ini.

Kenapa perlu pilih Honda WR-V?

Soalan ini, agak ramai ditanya oleh pembaca berhubung Honda WR-V. 

Apa yang penulis boleh katakan, “Kalau korang peminat Honda dan mahu sebuah SUV, WR-V ini korang kena beli” Ringkaskan jawapan itu!

Tetapi secara jujurnya, SUV Kecil daripada Honda ini boleh dikatakan kenderaan yang serba boleh dan ini empat sebabnya:

Pertama: Trend SUV ini semakin meningkat dan ramai mencarinya.

Kedua: WR-V ini sebuah kenderaan yang lebih selesa berbanding sedan. Ini kerana, pemandangan pemanduan yang lebih tinggi dan jelas ketika di jalan raya.

Ketiga: Tidak lagi perlu bimbang ketika meredah kawasan bertakung air atau banjir selepas hujan lebat. Ini kerana jarak kelegaan kenderaan dari permukaan tanah mencecah sehingga  220 milimeter dan agak tinggi untuk melalui halangan berkenaan.

Keempat:  Senang untuk parkir dan melalui jalan sempit, kerana bentuknya yang tidak terlalu besar.

Adakah reka bentuknya menarik?

Sejak kebelakangan ini, agak sukar untuk mengatakan reka bentuk model-model Honda ini gagal atau tidak menarik.

Lihat sahaja, beberapa model baharu yang diperkenalkan sebelum ini seperti Civic dan HR-V. Semuanya boleh dikatakan mempunyai ciri unik dan kecantikan yang tersendiri.

Seperti juga WR-V ini, reka bentuknya tidak langsung mengecewakan dan semakin lama penulis lihat, ia semakin menarik!

Lebih-lebih lagi, WR-V varian tertinggi iaitu RS yang penulis pandu uji di Thailand baru-baru ini.

Ia nampak sporty dengan kehadiran jeriji bintik krom pada hadapan serta padanan logo RS. Lampu utama dengan DRL LED, serta lampu kabus mempunyai perumah sirip hitam yang tampak sangat menarik.

Pada masa sama, mempunyai kemasan pada gerbang roda serta skirt tepi hitam untuk menyerlahkan lagi karakternya sebuah SUV serta dipadankan dengan rim bersaiz 17 inci.

Pada bahagian belakang nampak sedikit ringkas, tetapi untuk membuatkan ia lebih menarik, WR-V ini didatangkan dengan spoiler serta lampu belakang LED berbentuk ‘L’ yang seakan-akan diambil daripada rekaan Honda Civic generasi baharu.

Menariknya ker ruangan dalaman?

Sebaik masuk ke ruang kabin, WR-V varian RS ini nampak sangat sporty dan tidak nampak murah!

Biarpun ia menggunakan papan pemuka material keras, ia masih lagi nampak premium. Ini kerana ia mempunyai kemasan gabungan hitam piano serta merah yang membuatkan ia kelihatan menarik. Gabungan warna itu juga kelihatan pada panel pintu pada bahagian hadapan.

Pada papan pemukanya juga, mempunyai infotaimen sesentuh bersaiz tujuh inci yang boleh disambung dengan Apple Car Play dan Android Auto. Skrin itu juga memaparkan kamera pandang belakang serta sisi kiri (Honda LaneWatch).

Bahagian kokpit pula, meter kelajuan menerima gabungan analog dan digital bersaiz 4.2 inci. Stereng yang mempunyai pelbagai butang untuk audio serta Adaptive Cruise Control, selain mempunyai padel penukaran gear di belakangnya.

Luas ruangan dalaman Honda WR-V?

Honda ini kalau bab keselesaan dalaman, agak susah untuk mencari kesilapan.  Kalau ingat apa yang Honda buat pada model Jazz. Kalau di luar nampak kecil, bila masuk di dalam, ia luas dan selesa. Sama juga pada WR-V ini.

Dari segi keselesaan terutama ruang kelegaan kaki untuk penumpang hadapan dan belakang, memang WR-V ini tidak akan mendatangkan masalah. Ternyata ia memang luas!

Tempat duduk hadapan sama ada untuk penumpang atau pemandu, memang selesa untuk penulis untuk perjalanan jauh. Kerusi balutan kulit serta fabrik dengan rekaan ala-ala semi bucket, memberi posisi duduk yang sangat ‘best’.

Tempat duduk belakang pula, mempunyai kelegaan ruang kaki yang sangat luas, cuma tempat duduk belakang yang sedikit menegak. Tetapi kalau untuk perjalanan dekat, ia tidak memberi sebarang masalah.

Ruang but belakang berkapasiti 380 liter, boleh isi dua atau tiga beg bersaiz kabin. Jika mahu lebih kapasiti, kerusi belakang boleh dilipat mendatar. Cuma kenderaan ini, tidak mempunyai  ciri Ultra Seat seperti Honda City Hatchback.

Prestasi dengan 1.5 liter DOHC i-VTEC, okey tak?

Honda WR-V ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC. Ia mampu menghasilkan 121PS dengan tork setinggi 145Nm yang disalurkan ke transmisi CVT. Rangkaian kuasa itu, sama seperti pada Honda City dan City Hatchback.

Pada mulanya, penulis agak sangsi dengan keupayan enjin yang diletak pada badan SUV ini.

Bagaimanapun, sebaik sahaja kaki menekan padel minyak. Agak berdesup juga prestasi SUV ini. Ia tidak rasa berat pada awal pemanduan, selain mempunyai kuasa yang cukup untuk memotong atau memecut daripada kelajuan 80 ke 120km/j dengan masa yang singkat.

Kalau rasa kurang yakin, penulis guna padel di belakang stereng untuk menukar gear rendah untuk memberi lebih pecutan.

Penulis boleh bayangkan, kalau bawa balik kampung ke Kelantan dengan WR-V melalui jalan Gua Musang. Memang tersangat sesuai, tak perlu bimbang jalan tidak rata dan juga  mempunyai kuasa yang mencukpi untuk memotong kenderaan lain terutama lori.

Selain itu, unit pandu uji ini juga dilengkapi Ciri Honda Sensing membabitkan:

  • Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
  • Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
  • Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
  • Lampu suluh tinggi auto (AHB)
  • Kawalan jelajah adaptif (ACC) 
  • Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
  • Honda LaneWatch

Adakah spesifikasi Thailand sama dengan Malaysia?

Ketika penulis berada di Thailand bersama pihak Honda Malaysia, mereka tidak memberi apa-apa maklumat berhubung spesifikasi WR-V untuk pasaran Malaysia.

Berdasarkan pengalaman penulis, sudah pastinya ada sedikit perbezaan antara spesifikasi Thailand dan Malaysia. 

Cuma ia tidak terlalu ketara dan banyak perbezaannya. Mungkin, sedikit perubahan pada kosmetik luaran dan aksesori pada bahagian dalaman sahaja.

Bagaimana pula harga? 

Honda Malaysia baharu sahaja membuka tempahan untuk WR-V ini pada hari ini. Buat masa ini, Honda Malaysia masih lagi tidak memaklumkan apa-apa lagi tentang harganya. Harganya akan diumumkan pada majlis pelancarannya nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here