KTM 390 Adventure Elegan Dengan Ciri-Ciri Baru

1076

KTM 390 Adventure V3,model keluaran penghujung 2022 dan awal tahun 2023 kini menulusuri pasaran negara kita .

EUROTECH pengedar jenama KTM di Malaysia telah memperkenalkan model KTM 390 Adventure pada awal 2023 lalu untuk pasaran tempatan.



Model yang menjadi sebutan dibibir peminat versi Adventure ini menawarkan ciri berspeksifikasi tinggi dengan enjin 390cc.

Motoqar berpeluang menguji model KTM 390 Adventure versi 3 keluaran penghujung tahun 2022 dan awal 2023 baru-baru ini.

Kami sedikit terkilan apabila terlepas peluang menguji model yang sama iaitu versi 1 dan versi 2. Info yang kami terima terdapat perbezaan antara ketiga versi berkenaan.

Kami akan terangkan nanti perbezaan yang dikenal pasti antara versi-versi Adventure 390 setelah selesai menguji.

Kami klasifikasikan model ini sebagai kelas permulaan bagi mereka yang ingin menceburi dunia motosikal Adventure Touring.

Model dan jenama Austria ini telah dibuat di Pune,India.Kami berpeluang menguji model ini sejauh 1,300km bermula dari Kilang EUROTECH di Jitra,Kedah.

REKABENTUK:-

Jelas model ini tampil dengan bercirikan sebuah motosikal Adventure..Dibekalkan dengan Fork WP APEX 43mm. Fork yang boleh dilaraskan iaitu Compresion dan Rebound siap terhidang pada kiri dan kanan fork.

Isu kestabilan tidak memberi sebarang masaalah sewaktu menunggang model ini. Hasil kestabilan yang jitu datangnya dari kemantapan kerangka dan Subframe  Steel Trellis. 

Adakah model ini berat?

Apa yang kami boleh katakan KTM 390 Adventure V3 boleh dikategorikan sebuah motosikal ringan dengan keberatan hanya 171 kg. 

Bagaimana dengan kusyen atau tempat duduk?

Lihat depan mata baru kami faham kenapa model ini disebut Adventure Touring. Salah satu ciri yang jelas terpampang ialah tempat duduk.

Model Adventure Touring dengan tempat duduk berasaskan Enduro.Bentuk yang ramping dan kurus.

Bentuk sedemikian memudahkan kedua kaki penunggang mencengkam atau mengepit sewaktu memecut pada bahagian sisi motosikal.

Tempat pemijak kaki atau footpeg. Satu elemen yang menarik,footpeg lebar dan bergigi.Pastinya menyukarkan kaki penunggang dari tergelincir.

Ianya juga membantu kaki penunggang mencengkam sewaktu menunggang dalam pelbagai situasi.

Kami pernah menguji jentera KTM 390 Duke.Perbezaan teramat ketara jika dibandingkan dengan KTM 390 Adventure. Baik dari segi tunggangan,pengendalian dan juga lontaran kuasa enjin.

Bukan setakat itu saja,malah ianya juga merangkumi aspek rekabentuk,dimensi dan kapasiti.

ENJIN;-

KTM 390 Adventure V3 masih lagi mengekalkan enjin satu silinder 373cc. DOHC dengan penawaran 44hp dan 37Nm.Kami difahamkan model ini dibekalkan dengan dua ‘Catalyic Converter’ demi memenuhi pencapaian standard Euro 5.

Ujian enjin paling getir kami lakukan dengan merentasi Banjaran Titiwangsa dari Gerik,Perak menuju,Kelantan.

Laluan berbukit dipenuhi pelbagai selekoh yang pastinya memaksa enjin jentera bekerja keras serta pengendalian yang cekap.

Laluan ini kami pilih berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki oleh KTM 390 Adventure. Ujian sepanjang lokasi berkenaan meliputi dua tahap iaitu kepada penunggang dan keampuhan jentera.

Ujian buat penunggang menjurus kearah kesabaran,kecekapan pengendalian,kecepatan berfikir,ketepatan membuat keputusan dan paling mustahak fokus.

Sementara ujian pada jentera membabitkan Enjin Breaking,Quick Shifter,Sistem brek ABS,Traction Control,suspensi dengan kombinasi Compresion dan Rebound serta penyesuaian tayar.

Sebenarnya bukan perkara enteng untuk memasuki selekoh dengan jentera Adventure dalam keadaan laju.Jentera tanpa fairing sudah pasti terkesan halangan angin dari hadapan .

Situasi sedemikian memerlukan kombinasi ketepatan membuat keputusan,berfikir dengan cepat dan kecekapan pengendalian oleh penunggang.

Sementara jentera pula kombinasi sistem brek ABS,Quick Shifter dan Traction Control akan lebih membantu penunggang dan motosikal menelusuri selekoh dengan selamat dan penuh keyakinan.

Sistem Quick Shifter berperanan dalam memperlahankan kelajuan atau mudah dipanggil Enjin Breaking setiap kali penukaran dari gear tinggi ke gear rendah tanpa menarik klac telah memberi impak yang padu.

Ini termasuk Sistem Traction Control.Satu sistem yang  membantu tayar belakang mencengkam permukaan jalan sekaligus stabilkan motosikal ketika tergelincir sewaktu mengambil selekoh.

Sistem Traction Kontrol boleh di ‘Off’ seandainya  inginmenunggang di jalan ‘Off Road’. Begitu juga sistem Cornering ABS terdapat dua mod iaitu Road dan Off Road.

Sistem berkenaan boleh diubah mengikut kesesuaian penunggang. Hasil ujian yang dilakukan sepanjang laluan berbukit dan pelbagai selekoh.

Kami berjaya buktikan tayar yang terpasang pada KTM 390 Adventure V3 tersuai untuk telusuri pelbagai selekoh dipermukaan jalan bertar dan tiada sebarang keraguan untuk meleper secara drastik.

Cengkaman tayar belakang

Disini peranan Supensi WP dengan kombinasi Compression dan Rebound telah mempersembahkan kemapuhan mereka dengan bangganya.

Setelah menelusuri beberapa selekoh,kami berkeyakinan penuh dengan suspensi yang diadunkan dengan kombinasi Compression dan Rebound sebelum secara drastik menelusuri selekoh hingga penamat laluan.

Keseluruhan ujian yang dilakukan, kami berpuashati dengan keampuhan jentera ini.Secara fizikal model ini tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan KTM 250 Adventure mauhupun Duke 390.

Buat mereka yang selalu mengembara dengan pasangan,model ini menjanjikan keselesaan bagi pembonceng.Ujian menunggang bersama pasangan kami lakukan sejauh 250km.

Jelas penekanan keselesaan bagi pembonceng adalah satu isu yang dititikberatkan oleh jurutera KTM dalam penghasilan model ini.

Buktinya sewaktu ujian dilakukan tiada sebarang komen atau rungutan dari pembonceng.Keselesaan tempat duduk dan pemijak kaki tidak memberikan sebarang impak negatif kepada pembonceng. 

Perbezaan KTM 390 ADVENTURE V1,V2 Dan V3:-

Model 390 Adventure V1.

1.Model ini dilancarkan pada penghujung 2021 dan diperkenalkan pada awal 2022.

2.Tempat duduk agak tinggi.

3.Suspensi(Fork dan ABsorber) agak panjang dan boleh diubah sepenuhnya.

4. Terdapat Sistem ABS, boleh diubah untuk Road dan Of Road.

5. Tiada Riding Mod.

Model 390 Adventure V2

  1. Model keluaran pertengahan tahun 2022.
  2. 2.Tempat duduk rendah dari model sebelumnya.
  3. 2.Suspensi ebih rendah dari model V1 dan fork lebih pendek serta suspensi tidak boleh diubah suai.4
  4. Terdapat Sistem ABS yang berfungsi sama model V1.
  5. Terdapat Traction Kontrol yang boleh di ‘On ‘ dan ‘Of’.
  6. Tiada Riding mod.

Model KTM 390 Adventure V3

1.Model ini dikeluarkan pada penghujung tahun 2022 dan awql 202.

2.Tempat duduk lebih rendah dari 2 model sebelumnya.

3.Suspensi boleh diubah suai sepenuhnya.

4.Fork lebih pendek.

5.Terdapat Sistem ABS boleh diubah kepada ‘Road’ dan ‘Off Road’.

6.Traction Control boleh dimatikan ‘On’ dan ‘Off’.

7.Terdapat dua Riding Mod ‘Road’ dan ‘Off Road’.

Harga yang ditawarkan bagi model KTM 390 Adventure V3 (2023) ialah RM33,800 tidak termasuk Cukai jalan,insuran dan lain-lain bayaran.

Terdapat dua warna dipasaran negara kita iaitu Oren Hitam. Bagi pemilik KTM 390 Adventure V1 dan V2 boleh berhubung dengan Kilang Eurotech untuk kemaskini Software(perisian) seperti yang terdapat di model V3. 

Galeri:-

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here