Apakah Benar Suzuki V-Storm 800DE akan dilancarkan di Malaysia?

422

Apakah benar Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) akan melancarkan satu lagi model Suzuki V-Storm pada hujung minggu ini?

Ianya merupakan rentetan kepada model Suzuki V-Storm 1050DE yang diperkenalkan kepada media dan umum sewaktu di Malaysia Autoshow di MAEPS yang lalu.

Suzuki V-Storm 800DE, itulah model yang mungkin dilancarkan nanti. Andai benar berita tersebut,tampak model Suzuki V-Storm berjaya menambat hati peminat Adventure Touring di negara kita.

Sekaligus model V-Storm merupakan Ikon yang melonjakkan jenama Suzuki di negara kita.Baik dari segi harga ,kualiti serta ketahanan jentera berkenaan.

Berbalik pada Suzuki V-Storm 800DE .Model ini berjaya memukau perhatian hadirin sewaktu di EICMA tahun lepas. Dikatakan Suzuki 800DE V-Storm tidak dikuasai oleh enjin V-Twin.

Malah enjin serba baharu ini dikuasai oleh enjin 776cc kembar selari yang dibangunkan di Hamamatsu,Jepun.

Enjin baharu ini menawarkan kuasa dengan menjana 83hp pada 8,500rpm dan 79Nm pada 6,800rpm.

Suzuki V-Strom 800 DE dilengkapi dengan pakej elektronik lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS). 



Antara yang terkandung dalam SIRS ialah ride-by-wire, dan empat mod tunggangan termasuk mod Gravel, quickshifter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.

Segala maklumat dan akses tetapan eletronik boleh dilihat serta diubah melalui paparan TFT serba baharu.

 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here