Gaji bersih RM1,300 dah boleh beli Perodua Axia E, bulanan RM280 (pinjaman penuh)

17432

Baru-baru ini, Perodua memperkenalkan Axia versi Rahmah yang memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu.

Perodua Axia E ini didatangkan dengan ciri peralatan paling standard misalnya gear manual, dua beg udara bahkan dalam kabin tiada sistem infotainmen.

Jadi sekiranya anda ingin memiliki Perodua Axia E, berapakah gaji bersih yang diperlukan dan ansuran bulanan?.



KIRAAN BULANAN

Harga jualan Perodua Axia E adalah RM22,000, bagaimanapun harga atas jalan Axia E bersama insurans adalah sekitar RM23,000 (±).

Berapakah bayaran bulanan Axia E sekiranya faedah pinjaman sewa beli adalah 3.5 peratus:

  • Pinjaman penuh

Sekiranya pemilik tidak mengeluarkan wang pendahuluan dan tempoh pinjaman adalah selama 9-tahun, bayaran bulanan adalah kira-kira RM280.

  • Wang pendahuluan 10 peratus (RM2,300)

Dengan kadar bunga 3.5 peratus dan pinjaman selama 9-tahun, ansuran bulanan Axia E adalah sekitar RM253.

Bagi tempoh 9-tahun berkenaan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar oleh pemilik adalah:

  • RM30,240 bagi pinjaman penuh
  • RM27,324 dengan wang pendahuluan.

KRITERIA LULUS PINJAMAN

@azyanperoduasentral

JOM TENGOK AXIA E !! CLICK LINK ON MY BIO

♬ original sound – Azyanperodua – Azyanperodua

Jadi apakah kriteria yang diperlukan agar lulus pinjaman?: 

  • Gaji bersih RM1,300
  • Ada lesen P
  • Wajib bayaran pendahuluan 10 peratus

PERBELANJAAN LAIN

Memiliki kereta baharu bukan sekadar melibatkan kos bayaran bulanan. Perlu difikirkan juga petrol, parkir, tol, cukai jalan dan servis berjadual.

Kos lain yang perlu disediakan oleh pemilik adalah RM20 bagi cukai jalan dan insurans kenderaan sekitar RM800 bagi setahun pertama pemilikan.

Selain itu anggaran harga petrol bagi 33 liter tangki minyak Axia E pula adalah sekitar RM67 (RON 95).

Bagaimana pula dengan kos hidup misalnya, bil telefon, makan, minum, sewa rumah dan sebagainya?. 

CUKUPKAH GAJI RM1,300 MILIKI AXIA E?

Menurut Motoqar agak membebankan bagi gaji di bawah RM1,300. Tambahan dengan kos hidup yang semakin tinggi dan harga barang yang meningkat.  

Apabila ingin memiliki sebuah kereta baharu, soalan pertama adakah anda mampu?. Agar tidak membebankan di kemudian hari, anda perlu membuat kiraan jumlah gaji tahunan atau pastikan bayaran bulanan tidak lebih 15 peratus daripada gaji bersih.

Contoh gaji RM3,000:

  1. RM1,300 x12 bulan = RM15,600

2. 15% X RM3,000 = RM195

Jadi, disarankan mengambil kereta yang nilainya di bawah RM16,000 dan bayaran bulanan tidak melebihi RM200.

Kereta apakah yang sesuai dengan kiraan berkenaan?..untuk kereta baru tiada gais melainkan anda mencari kenderaan terpakai dengan bayaran tunai.

Misalnya harga Perodua MYVI 1.3 EZi Facelift terpakai boleh dimiliki pada RM16,500 atau Perodua Kelisa 1.0 EZ yang berharga sekitar RM11,000.

Namun, apabila membeli kenderaan terpakai, anda perlu memberi perhatian kepada kerosakkan komponen yang bakal berlaku. Tepuk dada tanya selera…

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here