Utama Berita Automotif Kru darat Delta Airlines maut ‘disedut’ ke dalam enjin pesawat

Kru darat Delta Airlines maut ‘disedut’ ke dalam enjin pesawat

1312
Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas ‘disedut’ enjin pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio, Texas.
 

Ketika kejadian, pekerja Delta Airlines itu berada di landasan apabila disedut enjin pesawat tersebut pada Jumaat lalu jam 10.25 malam (waktu tempatan).

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan anak kapal darat tersebut maut namun identiti mangsa masih belum didedahkan. Ketika kejadian, pesawat Delta 1111 yang baru tiba dari Los Angeles itu hanya menghidupkan satu enjin.



Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kematian itu dan menghubungi Delta Airlines untuk mengumpul maklumat kemalangan. 

Delta Airlines mengucapkan takziah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu.

Mangsa merupakan pekerja Unifi Aviation, sebuah syarikat yang menguruskan operasi pengendalian darat Delta Airlines. 

Unifi Aviation dalam satu kenyataan berkongsi rasa sedih yang mendalam atas insiden tragis itu dan menekankan bahawa kejadian itu tiada kaitan dengan proses operasi dan prosedur keselamatan syarikat.

Insiden itu yang terbaru dalam siri kemalangan darat di lapangan terbang Amerika. Sebelumnya pada malam tahun baru, seorang pekerja kru darat American Airlines maut disedut ke dalam enjin salah satu pesawat mereka.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here