‘Kantoi’ pandu Ferrari tanpa cukai jalan

910

Seorang lelaki yang memandu kereta Ferrari 488 Spider ditahan di Lebuhraya Guthrie, Shah Alam, Khamis lalu atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan menerusi operasi harian yang dijalankan Stesen Penguatkuasa (SPK) Elmina JPJ Selangor.

“Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati LKM kereta terbabit telah tamat tempoh.



“Alasan yang diberi pemandu terbabit ialah kesibukan kerja dan lupa,” katanya. 

Sementara itu, operasi rondaan turut dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Kata Khairul Khar, sebanyak 126 kesalahan dikesan antaranya lesen memandu kompeten (CDL) (21 kes), lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (19 kes), tiada perlindungan insurans (19 kes) serta teknikal (54 kes).

“Pasukan operasi turut bertindak menyita enam motosikal jenis Honda EX5 atas pelbagai kesalahan,” jelasnya. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here