Toyota perkenal C-HR (2024) generasi kedua, rangkaian janakuasa hibrid

625

Generasi kedua Toyota C-HR melakukan debut pertamanya di pasaran Eropah menerusi penampilan lebih moden.

Kini SUV itu juga ditawarkan dengan rangkaian barisan hibrid termasuklah PHEV buat pertama kali.

Berikut info ringkas Toyota C-HR (2024):



  • Menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), panjang C-HR adalah 4,360 mm, lebar (1,830 mm) dan tinggi 1,558 hingga 1,564 mm (bergantung pada varian).
  • CH-R juga 35mm lebih lebar berbanding sebelumnya namun jarak roda masih sama iaitu 2,640 mm.
  • Pada kabin tersedia kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sentuh di tengah papan pemuka yang ditawarkan dalam saiz lapan atau 12.3-inci.

  • Sistem infotainmen itu boleh disambung ke Toyota Smart Connect, ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta telematik kenderaan menerusi aplikasi MyT.

  • Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah paparan head-up, pencahayaan kabin 64-warna dan sistem bunyi JBL.

  • Manakala aksen merah dan lencana GR dikhaskan buat varian GR Sport Premiere Edition dengan sentuhan sporty luar dan dalam.

  • Selain itu, tersedia kunci digital, sistem keselamatan termaju dengan pemanduan autonomi ketika trafik sesak dan fungsi tempat letak kenderaan jauh automatik yang dikendalikan telefon pintar. Toyota mengatakan ciri ini adalah unik dalam kelasnya.
  • Kemajuan teknologi terbesar adalah di bawah hud yang mana Toyota menawarkan rangkaian kuasa plug-in buat kali pertama pada C-HR.
  • Enjin 1.8-liter dan 2.0-liter plug-in hibrid hanya didatangkan dengan pacuan roda depan (FWD) dan 2.0 liter hibrid menerima pilihan pacuan semua roda (AWD).

  • Trenkuasa 1.8-liter menghantar output gabungan 140hp diikuti 2.0-liter dengan kuasa 198hp dan PHEV (223hp).

  • Pecutan 0-100kmj pula mampu dicapai dalam tempoh 9.9 saat dengan kelajuan maksimum 170kmj bagi 1.8 liter.

  • Enjin 2.0-liter FWD pula merekodkan pecutan 0-100kmj dalam tempoh 8.1 saat manakala AWD 7.9 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj.

  • Pecutan 0-100kmj bagi unit PHEV mampu dicapai dalam tempoh 7.4 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj. Cas bateri pula menawarkan kuasa elektrik sejauh 66km.  

  • Lebih menarik, C-HR menggunakan teknologi geofencing untuk mengesan zon pelepasan rendah dan secara automatik akan bertukar kepada mod EV. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here