Lori kontena langgar pondok kawalan, anggota polis cedera ringan

852

Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.



Beliau berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah serta seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here