Seorang pengguna TikTok berkongsi satu rakaman video dipaksa membayar RM5 oleh ulat parkir di Bukit Bintang.
Dalam video itu, wanita tersebut mempersoalkan tindakan ‘kak long kawasan’ berkenaan yang meminta bayaran lebih mahal berbanding caj parkir pusat membeli belah.
@__yourcru5h Orang yang bukan under DBKL tiba tiba datang mintak bayar parking 5ringgit sedangkan parking tak sampai 10minit nak beli damascus kat bukit bintang . Tolong pihak dbkl siasat benda ni . Perkara macamni tak sepatutnya berlaku and pihak polis mintak tolong pantau lokasi berhampiran damascus ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu parking awam @polisdirajamalaysia_pdrm #DBKL #DewanBandarayaKualaLumpur #Fyp #BukitBintang #damascusbukitbintang #fypterkini #fypviral
Jelasnya, ketika kejadian dia menunggu di dalam kenderaan sementara rakan lelakinya membeli Damascus.
Walau bagaimanapun ulat parkir itu membeli alasan dia sudah ‘menjaga’ kawasan itu selama 10 tahun bahkan tidak pernah ada masalah dengan pemilik yang meletakkan kenderaan di bahu jalan itu.
“Orang yang bukan under DBKL tiba tiba datang mintak bayar parking 5 ringgit sedangkan parking tak sampai 10 minit nak beli Damascus kat Bukit Bintang.
“Tolong pihak DBKL siasat benda ni. Perkara macamni tak sepatutnya berlaku and pihak polis mintak tolong pantau lokasi berhampiran damascus ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu parking awam,” tulisnya pada kapsyen video.
Enggan meneruskan perbalahan, pemandu lelaki itu menghulurkan RM5 kepada ulat parkir berkenaan. Pada ruangan komen pemilik video menjelaskan sudah menghubungi pihak DBKL sebelum membuat bayaran.
“Semalam dah try call (DBKL) dua kali sebelum bayar tapi tak angkat,” tulisnya.
Susulan perkongsian video itu, ada antara netizen berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen:
“Awak okey lagi 5 ringgit. Saya kena 10ringgit untuk beli damascus 5minit je. Katanya tempat dia.”
“Sumpah i pernah kena!!! I pun park sekejap je tak sampai 20 minit. I park sbb nak pergi beli khunafa sebelah damascus tu. Sumpah menyirap.”
“Memang kalau masuk KL parking2 area bukit bintang tu kena bayo 5 inggit, dah lama dah benda tu.”
“Saya kene 15 dkt situ tapi dgn orang lain la saya cakap la mahal dia cakap ” ini Bukit bintang mana ade orang cakap mahal.”
“Macam kanal…itu kak ara lah.. dia tu memang dah lama kat kawasan tu.”