Nissan Skyline R34 GT-R talaan Shell Engineering, hantaran kuasa 634PS

711

Nissan Skyline R34 GT-R nombor siri 01/200 ini tiada sejarah kemalangan dan mendapat sentuhan Shell Engineering, syarikat penala terkenal dari Jepun.

Belum sempat diiklan oleh Harlow Jap Auto (HJA), Skyline tersebut sudahpun dipinang. Jentera berprestasi itu menerima pengubahsuaian unik dan kuasa luar biasa, sekaligus mengoptimumkan fungsi dan pemanduan. 



Resepinya bermula pada bahagian motor yang mana stok dalaman diganti dengan kit penuh HKS 2.8 Step 0 litre Stroker. 

Menggunakan pemberat imbang aci engkol yang lebih ringan membolehkan jentera mendapat respons lebih pantas berbanding STEP1 atau STEP2 yang biasa. Selain itu, pihak penala juga menggunakan piston tempa HKS.  

Shell Engineering memilih klac plat HKS Twin bagi mengendalikan tork tambahan bersama kotak pemindahan yang diperkukuh. 

Kereta ini memiliki pilihan ‘boost’ tinggi dan rendah yang mana sesuai untuk pemanduan harian mahupun pecutan. Kotak gear dan klac adalah mesra pengguna dan beroperasi dengan lancar.

Shell Engineering menaiktaraf sistem suspensi menerusi pemasangan coilover HKS Hyper MAX R baharu, yang meningkatkan prestasi pengendalian.

Coilovers ini direka untuk memberikan pemanduan lancar dengan pengendalian dan kawalan stereng yang lebih baik. Pada ujian dyno, Skyline tersebut mencapai kuasa 634PS. 

Sementara itu, bahagian luaran Skyline menerima peralatan Nismo merangkumi bampar depan Nismo Z-tune, skirting sisi, spat belakang dan set lampu indikator sisi selain lampu belakang LED.

Dalam kabin pula tersedia stereng NARDI, boost DEFI, kerusi Nismo dan pelapik kaki Shell Engineering. 

SPESIFIKASI

Enjin
  • HKS 2.8L kit (step 0)
  • HKS Piston (guna jenis tempa untuk spesifikasi tinggi)
  • HKS Connecting Rod
  • HKS aci engkol
  • NISMO main & connecting rod metal
  • Kepala silinder (overhaul program)
  • HKS 272 aci sesondol
  • Injap spring diperkukuhkan
  • HKS kit kepala gasket 
  • HKS tali sawat pemasaan
  • TRUST/Greddy High flow Aluminium Radiator
  • SAMCO hos silikon
  • Oil Catch Tank
  • HKS Power Flow air intake
  • Mafless S.E turbo intake pipe
  • Original Suction

Minyak

  • Sard 720cc Injektor
  • Regulator tekanan minyak boleh laras Nismo 
  • pam minyak A/M 

Turbin/Ekzos

  • HKS GT3-RS Twin Turbo
  • Paip depan keluli tahan karay BLITZ 
  • TRUST Metal Catalyzer (Sports cat)
  • HKS Super Turbo Muffler

Brek

  • Kaliper Brembo
  • ENDLESS rotor brek

Tayar/Rim

  • Rim aloi hitam TE37SAGA (18” inch 11J)
  • ADVAN NEOVA AD09s (295/30/18) *New

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here