Berapa kos penyelenggaraan EV Ora Good Cat? Kami kira untuk anda….

982

Pemilik kereta elektrik (EV) boleh jimat hingga 50 peratus kos penyelenggaraan berbanding kereta pembakaran dalaman (ICE)?.

Ini kerana komponen yang menggerakkan janakuasa adalah ‘sedikit’ berbanding ICE. Jadi secara asas, kos servis EV akan jauh lebih rendah atau murah berbanding ICE.

KOMPONEN EV WAJIB PERIKSA



Namun, tidak bermakna servis EV perlu diabaikan kerana masih ada beberapa komponen penting yang perlu dijaga. Misalnya, minyak brek hidraulik, coolant bateri, penyejuk HVAC dan transmisi serta bateri.

Selain itu, komponen haus dan lusuh yang perlu kerap diperiksa adalah tayar, brek dan suspensi. Ini kerana EV jauh lebih berat berbanding ICE disebabkan bebanan tambahan daripada bateri.

Anda juga perlu membuat pemeriksaan pad brek dan rotor untuk memastikan ia berfungsi dengan cekap dan selamat.

Komponen lain yang kerap ditukar adalah penapis kabin untuk memastikan ia berfungsi secara optimum.

KOS SERVIS EV- ORA GOOD CAT

Berapakah sebenarnya kos selang servis yang perlu dikeluarkan oleh pemilik EV?. Sebagai contoh, pemilik EV jenama China Ora Good Cat ini hanya perlu mengunjungi pusat servis sekali setahun.

Pada 1,000km pertama, Ora Good Cat akan menjalani servis komprehensif secara percuma dan selang servis adalah setiap 15,000km.

Pihak GWM juga menawarkan caj buruh dan GST secara percuma sepanjang 5-tahun pemilikan.

Di bawah ini kos penyelenggaraan yang kami peroleh menerusi laman web rasmi GWM:

  1. Servis 15,000km (RM111)

Pada tahun pertama atau mencapai perbatuan 15,000km pemilik hanya mengeluarkan kos servis sebanyak RM111. Komponen yang perlu diservis adalah:

  • Penapis aircon: RM111
  • Rotasi tayar 
  • Pemeriksaan komprehensif

2. Servis 30,000km (RM148)

Pada tahun kedua atau mencapai perbatuan 30,000km, komponen yang perlu diservis adalah:

  • Penapis aircon: RM111
  • Minyak brek: RM37
  • Rotasi tayar 
  • Pemeriksaan komprehensif

3. Servis 45,000km (RM496)

Pada tahun ketiga atau mencapai perbatuan 45,000km, kos servis akan meningkat menjadi RM496. Servis major melibatkan komponen:

  • Penapis aircon: RM111
  • Minyak transmisi: RM319
  • Washer plug: RM66
  • Rotasi tayar
  • Pemeriksaan komprehensif

4. Servis 60,000km (RM404)

Pada tahun keempat atau perbatuan 65,000km, kos servis adalah RM404. Komponen yang perlu diservis adalah:

  • Penapis aircon: RM111
  • Minyak brek: RM37
  • Coolant (1L): RM256
  • Rotasi tayar
  • Pemeriksaan komprehensif

5. Servis 75,000km (RM111)

Pada tahun kelima atau perbatuan 75,000km, kos servis adalah RM111. Komponen yang perlu diservis adalah:

  • Penapis aircon: RM111
  • Rotasi tayar
  • Pemeriksaan komprehensif 

Sepanjang 5-tahun pemilikan, kos servis yang perlu dikeluarkan oleh pemilik Ora Good Cat hanyalah RM1,270. Selain itu, pemilik EV juga tidak perlu membayar cukai jalan. 

Kerajaan  mengumumkan pengecualian cukai jalan EV dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. 

Namun begitu, selepas tamatnya insentif tersebut, pengguna perlu bersedia membayar cukai jalan bermula dari 2026 dan seterusya. 

Kiraan EV adalah mengikut sistem berasaskan kilowatt. Amaun cukai jalan terakhir untuk EV dikira berdasarkan jumlah kuasa motor elektrik. Kos cukai jalan yang perlu dibayar pemilik Ora Good Cat adalah RM324. 

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here