Bekerja sebagai rider p-hailing bukan sahaja perlu berpanas dan basah ketika hujan, namun cabaran utama berdepan dengan kerenah pelanggan yang bermacam ragam.
Seperti mana perkongsian seorang rider ini yang kecewa dengan sikap pelanggan yang tiada budi bahasa.
“Semalam hantar barang dalam hujan lebat, pakai raincoat pun basah lencun luar dalam.
“Memang ada orang pandang rider ni jijik erk, kita hantar barang dia dalam hujan lebat. Nak bayar duit lempar atas tiang ja sebab tak nak terkena tangan kita yang basah ni.
“Kenang muka anak-anak, nak beli lauk kat pasar esok. Abah mereka ni rendahkan harga diri kutip juga duit yang ditiup angin jatuh ke lantai,” tulisnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap pelanggan tersebut.
Namun, ada antara netizen yang mendoakan rider berkenaan selain memberi kata semangat agar tidak berputus asa.