Sekurang-kurangnya empat individu termasuk seorang bapa meninggal dunia secara tragis selepas mengambil bahagian dalam cabaran bot maut TikTok, kata pihak berkuasa Alabama.
Pengguna media sosial yang mengambil bahagian dalam tren mengancam nyawa itu dilaporkan melompat atau melompat secara terbalik ketika bot sedang laju. Tindakan itu menyebabkan mangsa patah leher ketika badan menghentam air lalu lemas.
@1billionfollowersco MUST WATCH😳‼️#1billionfollowersco Followfor more‼️#boatchallenge #boat #challenge #new #news #tiktoknews #2023 #for #fyp #foryoupage #foryou #trending #trend
Kapten Jim Dennis dari Childersburg Rescue Squad, Alabama memberitahu enam bulan lalu pihaknya menerima laporan empat lemas ketika sedang melakukan cabaran TikTok tersebut.
“Mereka menaiki bot dengan kelajuan yang tinggi lalu melompat dari tepi bot.
“Mangsa pertama meninggal dunia pada Februari lalu, selepas terpelanting ke dalam Sungai Coosa manakala isteri dan anak-anaknya memerhati di dalam bot. Malangnya, dia merekodkan kematian sendiri,” katanya.
Sejak kematian pertama itu, tiga yang lain mengalami nasib yang sama. Jim Dennis menyatakan orang ramai cenderung melakukan tindakan ‘bodoh’ semata ingin menunjuk di depan rakan untuk media sosal.
Susulan kejadian itu, beberapa video menggunakan tanda pagar #boatjumping kini memberi amaran: “Menyertai aktiviti tersebut boleh mengakibatkan anda atau orang lain cedera.”
Polis Alabama menggesa tidak mengambil bahagian dalam cabaran bot berbahaya itu.
Ini bukan kali pertama tren TikTok meragut nyawa, selepas seorang gadis berusia 16 tahun meninggal dunia ketika cuba ‘permainan selendang’ yang viral, yang merupakan variasi daripada Cabaran Blackout yang membawa maut.
Selain itu, di Indonesia remaja digilis lori gara-gara menyertai cabaran malaikat maut di TikTok.