[Video] ICA Singapura tahan kereta Malaysia seludup 2,170 paket rokok

408

Baru-baru ini, pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggagalkan cubaan menyeludup 222 karton dan 2,170 paket rokok tidak bercukai dari Malaysia ke Singapura.

Pada 12 Jun, sebuah kereta Hyundai dengan nombor pendaftaran Malaysia telah melalui pemeriksaan yang dipertingkatkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut perkongsian agensi itu di akaun media sosial. 

@ica_singapore

I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders

♬ original sound – ICA_Singapore – ICA_Singapore



Video itu menunjukkan pegawai menemui rokok yang disorokkan di dalam komponen kereta berkenaan antaranya bampar depan/belakang, but dan enjin. Kes itu dirujuk kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut. 
 
Menurut laporan The New Strait Times Singapura, setakat ini tangkapan terbesar penyeludupan rokok melibatkan 12, 708 karton pada 18 Januari lalu di pusat pemeriksaan Tuas.
 

Selain itu, pihak ICA turut menggagalkan percubaan menyeludup 70,200 cecair rokok elektronik yang dibawa lori pendaftaran Malaysia pada 28 Mac. 

 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here