Pemilik Toyota GR Yaris Kansai ‘total loss’ seorang wanita, Pekin hanya tunjukkan minat ingin beli

7615
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah Toyota GR Yaris Kansai ‘total loss’ selepas terlibat dalam satu kemalangan di Putra Height.
 
Susulan itu, pelakon Pekin Ibrahim tampil memberi penjelasan situasi sebenar selepas ramai kenalan yang bertanyakan keadaan dirinya. 
 

Ini kerana, Pekin berkongsi beberapa konten video tentang proses membawa masuk dan modifikasi hatchback berkenaan sehinggakan ramai yang beranggapan dia sebagai pemilik  GR Yaris tahun 2022 berkenaan. 
 
Siapakah pemilik sebenar GR Yaris Kansai tersebut?. Menerusi hantaran Facebook D One Motorsport menyatakan tiada sebarang wang tempahan dan deposit diterima daripada Pekin Ibrahim.
 
“Segala kos pembelian, servis di Kansai Servis dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak D One Motorsport.
 
“Tiada sebarang dokumen yang diberikan Pekin untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian dan hanya menunjukkan minat untuk membeli,” tulisnya dalam satu kenyataan.
 
Pekin dilantik sebagai duta syarikat berkenaan bagi melakukan promosi di media sosial bermula Mei lalu sehingga tempoh dipersetujui.
 
Pemilik sebenar GR Yaris berwarna hitam itu adalah Pengarah D One Motorsport, Asnina Muhammad yang didaftarkan pada 3 Julai lalu.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here