Rossa pandu Porsche Taycan 4S, “mobil keren banget, ini hasil daripada Malaysia kemarin nih,” Denny Sumargo

866

Rossa bukan saja popular di tanah airnya bahkan cukup diminati oleh peminat muzik di Malaysia. Tiket konsertnya di Zepp KL baru-baru ini laris dalam tempoh sejam.

Seperti artis lain di Indonesia, Datuk Sri Rossa juga memiliki beberapa kenderaan mewah.



Baru-baru ini, kedatangannya ke rumah Denny Sumargo membuat atlet basket itu terkejut melihat Rossa memandu sebuah Porsche Taycan 4S.

Video itu dikongsi di akaun TikTok @dennysumargoreal, “TERNYATA ROSSA KAYA,” tulisnya.

@dennysumargoreal

TERNYATA ROSSA KAYA #fyp #fypシ #foryou #dennysumargo #fypdongggggggg #viral2023 #rossa

♬ suara asli – DENNY SUMARGO – DENNY SUMARGO

“Sombong kali tuh perempuan, mobil keren banget lagi. Waduh ini hasil dari Malaysia kemarin nih.

“Ini mobil keren Porsche, katanya lagi.

Densu langsung menyambut Rossa yang baru tiba. Dia hairan Rossa mampu memiliki kenderaan sukan elektrik itu yang dijual pada harga yang lumayan mahal. 

Namun begitu, Rossa mengakui kereta itu hanyalah pinjaman.

“Emang gue juga dipinjemin wak.

“Gak kelihatan gue punya duit 44 M ya,” katanya ketawa. 

Melihat EV berwarna biru itu, Densu mengakui Taycan 4S merupakan kereta impiannya. 

Taycan 4S menjana kuasa 530PS dengan kelajuan maksimum 250kmj. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.0 saat dengan Launch Control.

Di Indonesia harga EV berkenaan dijual pada harga bermula daripada Rp2.85 bilion (RM867,997). Manakala di Malaysia, pacuan semua roda Taycan 4S dijual pada harga RM595,000 (RM105,000 lebih murah) selepas mendapat pengecualian cukai.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here