Kanak-Kanak warga asing maut dirempuh Nissan X-Trail ketika lintas jalan

457

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas dirempuh Nissan X-Trail ketika sedang melintas di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.27 malam.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang tersebut melibatkan seorang pejalan kaki kanak-kanak warga asing berusia empat tahun dan sebuah Nissan X-Trail.



“Semasa kereta tersebut melalui lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki warga asing tiba-tiba melintas jalan raya menyebabkan kereta berkenaan tidak sempat menekan brek merempuh mangsa,” katanya.

Kanak-kanak tersebut meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa menerima rawatan.

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek ditahan di lokasi kejadian sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selesai siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi yang melihat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravndran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here