Bom pada kereta Siti Kasim disyaki cubaan bunuh, polis dah panggil 9-individu

402

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek dipercayai bahan letupan di kenderaan aktivis dan peguam, Siti Kasim merupakan satu jenayah serius umpama cubaan membunuh.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut secara agresif berkaitan kes tersebut.



“Pihak polis akan ambil tindakan agresif dalam siasatan ini. Jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan sedemikian.

“Polis juga sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan bagi siasatan lanjut,” katanya. 

Bagaimanapun, Razarudin mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan Kontinjen Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata polis memanggil sembilan individu bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan. 

Kesemua yang dipanggil itu merupakan saksi dan sudah diambil rakaman percakapan mereka.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah diperolehi. Polis kini sedang giat membuat penelitian keatas setiap CCTV melibatkan tempat-tempat yang dimaklumkan oleh mangsa,” kata beliau.

Sebelum ini, Siti Kasim membuat siaran langsung di Facebook menunjukkan dua botol plastik diletakkan pada tayar belakang Toyota Celica miliknya ketika dihantar untuk servis.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here