Pengeluaran Proton Exora dihentikan Disember depan

1432

Pengeluaran Proton Exora  bakal dihentikan Disember depan. Menurut sumber boleh dipercayai, jualan MPV berkenaan sebanyak 400 unit sebulan. 

“Berkaitan model pengganti, kami masih mengkaji,” katanya.



Tahun lalu, Proton memperkenalkan Exora (2023) menerusi penambahbaikan minor. Selepas 13 tahun, MPV tersebut masih menggunakan rekaan sama tanpa perubahan total. 

Proton Exora masih lagi menggunakan enjin pengecas turbo 1.6 liter Campro yang menjana kuasa 138hp dan tork 205Nm bersama transmisi CVT.

Sebelum ini, timbul ura-ura Exora bakal digantikan dengan Geely Jiaji selepas pelancaran rasmi model itu di China. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here