Mitsubishi Triton Serba Baharu ditawarkan lapan varian di Thailand, dijual bermula RM92,824

512

Mitsubishi Motors Corporation melancarkan trak pikap generasi keenamnya, Triton buat pasaran yang diadakan secara perdana di Bangkok, Thailand.

Buat pasaran negara gajah putih itu, ia ditawarkan tiga jenis badan iaitu Double Cab, Club Cab dan Single Cab.



Ini dimensi mengikut badan Mitsubishi Triton:

Double Cab 4WD

  • Panjang: 5,360 mm
  • Lebar: 1,930 mm
  • Tinggit: 1,815 mm
  • Jarak Roda: 3,130 mm

Double Cab 2WD and Club Cab 2WD

  • Panjang: 5,320 mm
  • Lebar 1,865 mm
  • Tinggi: 1,795 mm
  • Jarak Roda: 3,130 mm

Single Cab 4WD

  • Panjang: 5,265 mm
  • Lebar: 1,795 mm
  • Tinggit: 1,765 mm
  • Jarak Roda: 3,130 mm

Namun semua varian berkenaan menggunakan enjin diesel bersih 4N16 yang baru iaitu 2.4 liter dengan 16 injap serta empat silinder sebaris.

Varian spesifikasi tertinggi dilengkapi dengan pengecas turbo baharu dan sistem kebuk pembakaran baharu, memberikan output maksimum 201.15 hp dengan tork maksimum 470 Nm dari 1,500 rpm.

Bagi dua varian spesifikasi standard ia menawarkan output maksimum 181.04 dan tork maksimum 430 Nm, manakala satu lagi menghasilkan 147.51 hp dan tork maksimum 330 Nm. Kedua-duanya mempunyai pengecas turbo VG yang melakukan kawalan berubah-ubah kapasiti turbin.

Ini pula harga mengikut varian:

Single Cab

2.4 PRO 4WD: 699,000 baht (RM92,815)

2.4 PRO 4WD AT: 749,000 bath (RM99,455)

Double Cab

PLUS 2.4 PRO: 820,000 bath (RM108,882)

PLUS 2.4 PRIME: 893,000 bath (RM118,575)

PLUS 2.4 PRIME AT: 938,000 bath (RM124,551)

PLUS 2.4 ULTRA: 982,000 bath (RM130,393)

PLUS 2.4 ULTRA AT: 1,027,000 bath (RM136,368)

Double Cab Pacuan Empat Roda

2.4 PRIME 4WD: 1,016,000 bath (RM134,908)

Baca artikel ini untuk ketahui lanjut mengenai Mitsubishi Triton Serba Baharu

>> Mitsubishi Triton serba baharu: Ini 8 fakta penting yang anda perlu tahu

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here