Dua warga emas maut kereta bertembung bas ekspres

363

Dua warga emas maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Sitiawan-Ayer Tawar, dekat Taman Nesa, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Yeong Tua Kong, 79, dan Yong Mooi Mooi, 68, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada tubuhnya.

Difahamkan, Proton Persona dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Ayer Tawar manakala bas tersebut dari Kelantan, dari arah Ipoh menghala ke Sitiawan.



Pemandu bas serta 12 penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki turut terlibat dalam kemalangan itu tetapi mangsa juga tidak cedera.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd. Yusuf, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta Proton Persona dan disahkan maut oleh kakitangan perubatan yang tiba di lokasi bersama ambulans,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaskan operasi pihaknya tamat pada jam 7.33 pagi ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here