Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi memperkenalkan Yamaha X-Max (2023) ke pasaran tempatan pada harga RM23,998.
Bakal berada di pusat jualan bermula minggu depan, skuter maksi berkenaan dijana oleh enjin 249.8cc SOHC silinder tunggal penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 22hp @ 7,000rpm dan tork 24.3Nm @ 5,500rpm.
Enjin yang kini patuh regulasi Euro4 itu dipadankan dengan transmisi V-Belt automatik. Ditawarkan dengan dua warna badan Max Silver dan Icon Blue, ini pembaharuan yang ditawarkan pada X-Max:
- Rekaan semula lampu bentuk X pada bahagian depan yang memberikan penampilan moden.
- Kemas kini lampu belakang LED yang membentuk X apabila brek ditekan.
- Signal depan yang diubah posisi ke lebih tinggi untuk mudah dilihat pengguna lain.
- Kluster instrumen TFT 4.2-inci dengan panel baharu lebih bergaya kini memaparkan pelbagai maklumat motosikal.
- Reka bentuk pelana kini lebih ‘slim’.
- Infotainmen dan konektiviti ‘on the go’ menerusi Yamaha Y-Connect dan Garmin StreetCross