Barkoba dapat MINI Cooper S Clubman dengan aksesori JCW, anggaran harga RM200k

1406

Sebelum ini, pelakon Bell Ngasri menerima kejutan apabila bakal menerima kereta daripada sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

Berbanding pemenang Anugerah Bintang Popular yang lain, Bell tidak menerima hadiah utama kereta yang digantikan dengan pakej Umrah.



Minggu lalu, menerusi siaran langsung akaun TikTok, Bell Ngasri masih tidak mengetahui kereta yang bakal diterima.

Membalas soalan peminat, Bell menyatakan dia bersyukur walaupun menerima sebuah Perodua Kancil.

Siapa sangka, pelakon yang popular dengan watak Barkoba itu menerima sebuah MINI Cooper S Clubman (2017) tajaan DTC Motor Sdn Bhd bersama Femar Cosmetics.

Dia  tiba di DTC Motor dengan memegang dua plastik hitam berisi trofi Anugerah Bintang Popular. 

“Satu kemek (trofi) alhamdulilah saya dapat satu kereta,” selorohnya.

“Saya dapat kereta apapun dah tentu saya seronok benda percuma, DTC bagi kereta Kancilpun saya suka, tapi dia bagi kereta ni (mini cooper) memang saya suka dan saya yak yak yeay,” katanya.

Kereta itu diserahkan oleh Pengarah Urusan DTC, Md Afendy Wahid dan Mat Baharuzi Abdullah kepada Bell pada satu majlis yang diadakan di pusat jualan kereta import terpakai, DTC Motor Sdn Bhd di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Clubman memiliki panjang 4,253mm, lebar (1,800 mm) dan tinggi (1,441 mm) bersama jarak roda 2,670 mm. Bukan saja panjang dan tinggi berbanding hatch biasa bahkan lebar juga.

Model 5-pintu itu dijana oleh enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 192hp @5,000rpm dan tork 280Nm (300Nm dengan overboost) @ 1,250 rpm. 

Ia kemudian dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik iaitu unit sama yang digunakan pada BMW 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer serta X1. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 7.1 saat dengan kelajuan maksimum 228kmj.

Difahamkan, harga MINI Cooper S Clubman dengan aksesori John Cooper Works (JCW) yang diterima Bell sekitar RM200,000. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here