Suzuki Malaysia perkenal dua warna baharu Raider R150Fi, harga naik RM665

583

Suzuki Malaysia memperkenalkan dua warna baharu Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey pada model Raider R150 Fi (2023).

Harga jualan underbone berkenaan adalah RM8,838 yang mana meningkat sebanyak RM665 berbanding model tahun lalu.

Mekanikal tidak berubah yang mana Raider R150 Fi menggunakan enjin 147.3 cc silinder tunggal dengan output 18.2hp dan tork  13.8Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.



Janakuasa berkenaan memberikan prestasi dan maklum balas pantas bagi memenuhi keperluan harian penunggang. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here