Masalah hos ABS, Yamaha R-25 (1,165) dan MT-25 (1,204) dipanggil balik

430

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi senarai kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.

Menerusi perkongsian berkenaan tiga buah model motosikal yang terkesan iaitu Yamaha  MT-25 dan Yamaha R-25 serta Honda CB250R.

YAMAHA MT-25 & R-25

Sebanyak 1,165 unit Yamaha R-25 dan 1,240 unit MT-25 terlibat dalam kempen panggil balik Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).



Model yang terlibat adalah keluaran September 2022 hingga Mac 2023. HLYM akan melakukan program pemeriksaan keselamatan bagi hos Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

Berdasarkan laman web HLYM, pihaknya menghantar notis individu kepada pemilik yang terjejas bermula minggu kedua Mei 2023 dan seterusnya. 

HONDA CB250R

Sementara itu, sebanyak 32 unit Honda CB250R keluaran tahun 22 Julai 2022 hingga 3 Ogos 2022 yang terlibat.

Pihak pengeluar mengesan kegagalan cone plug yang mungkin akan menyebabkan kebocoran minyak enjin yang teruk.

Sebagai langkah keselamatan, Boon Siew Honda (BSH) akan menggantikan penutup kanan engkol.

BSH akan memastikan semua unit yang terlibat dalam kempen panggil balik tersebut akan diperiksa dengan teliti dan bahagian yang terjejas akan diganti sewajarnya sekiranya perlu.

Menurut JPJ, pihak pengeluar mengalami kesukaran untuk menghubungi pemilik yang terkesan kerana maklumat pemilik tidak dikemaskini.

“Terdapat juga kenderaan yang telah bertukar hak milik tanpa pemilik terkini mengemaskini maklumat peribadi mereka.

“Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk mengemaskini maklumat peribadi di pusat servis kenderaan bertauliah bagi kenderaan yang dimiliki dan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan pemilik dihubungi sekiranya terlibat dengan aktiviti panggil balik,” katanya. 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here