Ducati Scrambler serba baharu rasmi pasaran Malaysia: Tiga varian, tampil moden dan lebih ringan, harga bermula RM62,900

593

Generasi kedua Ducati Scrambler diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, yang mana menerima pembaharuan yang menyeluruh berbanding sebelum ini.

Ia masih menerapkan bentuk ikoniknya, tetapi menerima perubahan gaya, mekanikal dan kelengkapan serba baharu.

Untuk pasaran tempatan, ia diperkenalkan dengan tiga varian membabitkan Icon, Full Throttle dan Nightshift.



Pembaharuan pada Scrambler baru itu hadir dengan rekaan baru termasuk semua lampu dilengkapi ciri LED dan meter kluster TFT 4.3 inci berwarna penuh.

Lebih ringan 4 kilogram

Ia juga lebih ringan 4 kilogram berbanding sebelum ini dengan menggunakan casis serba baru dan enjin yang lebih ringan. 

Selain itu, ia juga dipadankan lengan ayun adalah baru, selain posisi penyerap hentak belakang diubah lebih dekat kepada titik tengah motosikal.

Rangkaian kuasanya masih lagi Desmodue dua silinder L 803 cc penyejukan udara tetapi beratnya berkurang 2.5 kg. Ia menyalurkan kuasa 73hp dengan tork setinggi 65.2Nm yang disalurkan ke transmisi enam kelajuan yang dinaik taraf dengan klac lapan cakera baru.

Malah, Scrambler generasi kedua ini menggunakan sistem ride-by-wire yang kini mempunyai dua mod tunggangan membabitkan Road dan Wet. Ia juga mempunyai kawalan cengkaman, Cornering ABS serta quickshifter (pilihan tambahan bagi Icon dan Nightshift, standard bagi Full Throttle).

Kelengkapan lain bagi model ini masih sama seperti sebelumnya membabitkan penggunaan fork hadapan USD 41 mm Kayaba, monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban.

Selain itu, menggunakan brek cakera tunggal 330 mm bersama angkup empat piston di hadapan, manakala belakang dipadankan cakera 245 mm dengan angkup satu piston, semuanya adalah jenama Brembo.

Perbezaan mengikut varian

Namun setiap varian mempunyai pengayaan yang berbeza. Bagi Icon, ia didatangkan pemegang baru yang lebih rendah dan dekat kepada penunggang, selain tempat duduk baru yang mempunyai rekaan ‘X” serta panel tepi warna hitam.

Nightshift pula datang dengan panel nombor tepi, fender hadapan pendek, tiada fender bawah lampu serta lampu penunjuk arah LED Ducati Performance, tetapi dijadikan lebih istimewa dengan rim spoked, tempat duduk balutan kulit, pemegang jenis khas serta cermin sisi di hujung bahagian pemegang (bar-end mirror).

Varian Full Throttle pula, yang disediakan sebagai pilihan paling berprestasi datang secara standard dengan quickshifter, balutan tempat duduk sports, panel nombor di tepi, pelindung bawah enjin, pelindung ekzos warna hitam, fender hadapan pendek, tiada fender bawah lampu, ekzos Termignoni serta lampu penunjuk arah LED Ducati Performance.

Harga mengikut varian bermula:

  • Ducati Scrambler Icon: RM62,900
  • Ducati Scrambler Nightshift: RM69,900
  • Ducati Scrambler Full Throttle: RM69,900

Motosikal itu kini sudah boleh ditempah dan penghantarannya bermula Oktober ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here