Malaysia bakal terima Kawasaki ZX-25R versi Thailand

825

Hujung minggu lalu, EMOS rasmi membuka tempahan Kawasaki ZX-25R (2023) yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Buat masa ini, harga jualan dan spesifikasi terperinci tentang sportbike berkenaan masih belum didedahkan.



Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan berkata ZX-25R itu bakal ditawarkan pada harga mampu milik.

“Harga pula kompetitif dan mampu milik, kita berikan yang terbaik untuk pasaran Malaysia. Harga kami tidak boleh dedah mestilah mahal sikit daripada Ninja 250,” katanya.

Bagaimana pula dengan spesifikasi?, berdasarkan maklumat yang kami terima, versi ZX-25R pasaran tempatan adalah sama seperti yang ditawarkan di negara jiran, Thailand.

Justeru itu, bagi kaki motor yang mengharapkan output lebih berkuasa seperti mana Indonesia tentunya hampa dan harapnya anda bukanlah golongan ‘baik beli’.

Kawasaki ZX-25R Thailand dijana oleh enjin 250cc penyejukan cecair yang mana menghasilkan kuasa kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

Di Thailand, ZX-25R dijual pada harga THB 299,000 (RM39,111) seunit. Keselesaan tunggangan diserahkan pada suspensi terbalik 37mm (SFF-BP) di depan dan horizontal back-link, gas-charged shock dengan spring pra beban boleh laras.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here