Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran Melaka, MDU bermula 24 sehingga 28 Ogos (Isnin).
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 29 Ogos (Selasa).
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.
Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.