Minggu lalu, EMOS mengumumkan harga Kawasaki ZX-25R SE ke pasaran Malaysia iaitu RM33,900 seunit.
Pasaran tempatan menerima dua pilihan warna badan iaitu hijau KRT dan kelabu. Sportbike berkenaan bakal dilancarkan selewatnya awal bulan depan.
Berminat untuk memiliki jentera 4-dapur berkenaan?, ini anggaran bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik.
Seorang pengguna Facebook Sigh Bored berkongsi kiraan ‘kasar’ bulanan ZX-25R yang dimuatnaik di grup Kawasaki Ninja ZX25R Malaysia Official.
Menerusi perkongsian itu, terdapat tiga pilihan pinjaman sewa beli yang disediakan iaitu menerusi BSNC Leasing (M) Sdn Bhd, AEON Credit dan NAZA. Kiraan faedah pinjaman adalah antara 5 hingga 8 peratus.
Harga atas jalan ZX-25R SE adalah RM35,076 setelah mengambilkira insurans dan cukai jalan.
Bagi pemilik yang memilih pinjaman sewa beli AEON/NAZA, perlu menyediakan deposit sebanyak 10 peratus (RM3, 576) dengan jumlah pinjaman sebanyak RM31, 500.
Berikut jumlah ansuran bulanan mengikut tahun pinjaman:
- 5-tahun: RM657
- 7-tahun: RM507
Sementara itu, pinjaman sewa beli BSNC pula, pemilik perlu membayar deposit sebanyak 15 peratus (RM5,276) dengan jumah pinjaman RM29,800.
Berikut jumlah ansuran bulanan mengikut tahun pinjaman:
- 5-tahun: RM621
- 7-tahun: RM479
Kawasaki ZX-25R tempatan bakal menggunakan spesifikasi yang sama dengan Thailand iaitu enjin 249.8cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.