[Video] Pandu di ladang jagung, Youtuber hanya mampu lihat Ferrri F8 Tributo disambar api

860

YouTuber WhistlinDiesel popular menerusi aksi liar dan lagak ngeri. Bahkan pemuda itu dikenali dengan konten memusnahkan kenderaan.

Terbaru, dia merosakkan Ferrari F8 Tributo dan kereta sewa Chrysler Pacifica. Bagaimanapun, kali ini kedua-dua kereta itu hangus terbakar.



Youtuber itu menuju ke Waco, Texas bagi menguji ketahanan Ferrari F8. Dia memandu supercar berkenaan melalui ladang jagung dan menunjukkan prestasi yang baik. Walau bagaimanapun, keadaan berubah menjadi bencana.

Krew filem yang merakam aksi berkenaan dari sisi menggunakan Chrysler Pacifica menyedari percikan api dari belakang Ferrari itu.

WhistlinDiesel menghentikan kenderaan lalu bergegas keluar. Krew keluar melihat kebakaran berkenaan yang didapati bermula dari ekzos lalu merebak dengan cepat.

Ia langsung menyambar pad brek belakang. Kekurangan air menyebabkan api merebak dengan cepat.

Beberapa saat kemudian, Pacifica juga terbakar tetapi ia bukanlah berpunca daripada api Ferrari. Ia terbakar sendiri, kemungkinan berpunca daripada enjin panas dan ekzos menyentuh tumbuhan kering di ladang berkenaan. 

Mereka yang berada di tempat kejadian sedar tidak dapat memadamkan api lalu mengeluarkan barangan dan menghubungi bomba.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here