Tesla Model 3 dibuka tempahan: Harga bermula RM189,000, penghantaran pertama hujung tahun ini

515

Selepas melancarkan Model Y, Tesla Malaysia kini membuka tempahan untuk Model 3 untuk pasaran tempatan.

Bagi mereka yang menempah, ia dikatakan bakal diterima pada hujung tahun ini. Ini harga berhubung kenderaan EV kedua Tesla untuk pasaran Malaysia.

  • Tesla Model 3 Pacuan Roda Belakang: RM189,000
  • Tesla Model 3 Pacuan Semua Roda: RM218,000

Seperti Model Y, warna putih mutiara adalah standard tetapi untuk menukar warna hitam dan biru perlu menambah RM5,000. Bagi warna kelabu pula, perlu tambah RM7,500, manakala RM11,000 untuk merah. 



Ia didatangkan dengan rm 18 inci Photon, tetapi boleh ditukar ke 19 inci rim Nova dengan bayaran RM7,500. Ruang dalaman hitam sebagai standard, Jika Mahu menukar warna putih, perlu membayar RM5,000.

Bantuan pemandu Autopilot disertakan, tetapi menaik taraf kepada Enhanced Autopilot perlu membayar RM16,000, manakala RM32,000 untuk Full Self-Driving.

Bagi kapasiti baterinya, ia boleh dipandu sejauh 554km untuk varian Pacuan Roda Belakang, manakala Pacuan Semua Roda boleh mencecah 678km. Ia boleh memecut sehingga 201kmj dengan pecutan 0-100kmj hanya 6.1 saat.

Adakah anda sudah bersedia untuk memiliki Tesla Model 3 ini. Ini boleh dikatakan murah?. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here