Penumpang cirit birit, pesawat Delta terpaksa berpatah semula ke Atlanta

625

Pesawat Delta dari Atlanta ke Barcelona terpaksa berpatah semula selepas seorang penumpang mengalami cirit-birit di dalam pesawat.

Menurut juruterbang situasi berkenaan dikatakan sebagai ‘isu bahaya bio’ pada kejadian petang Jumaat lalu.



Penerbangan 194 yang dalam perjalanan itu dikatakan meminta untuk berpatah balik menerusi audio yang dikongsi di aplikasi X.

Juruterbang memaklumkan  seorang penumpang mengalami cirit-birit sepanjang penerbangan tersebut. 

“Ada penumpang yang mengalami cirit-birit sepanjang perjalanan, jadi mereka mahu kami kembali ke Atlanta,” kata rakaman audio di X, yang didakwa dari kawalan trafik udara.

Dalam satu kenyataan kepada laman web Insider, Delta mengesahkan terdapat isu perubatan dalam kokpit yang bermakna pesawat itu perlu kembali ke Atlanta untuk dibersihkan.

“Penerbangan Delta 194 dari Atlanta ke Barcelona kembali ke Atlanta berikutan masalah perubatan di atas kapal.

“Pasukan kami bekerja cepat dan selamat yang mungkin untuk membersihkan kapal terbang dengan teliti dan membawa pelanggan kami ke destinasi terakhir mereka.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan kami atas kelewatan dan kesulitan untuk rancangan perjalanan mereka,” katanya.

Pesawat telah dibersihkan dan terbang ke Barcelona keesokan harinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here