Tabiat tak panaskan enjin akan rosakkan kotak gear?

5482

Tujuan panaskan enjin kereta pada waktu pagi untuk mempercepatkan peredaran minyak dalam enjin. Di samping, enjin boleh berfungsi dengan suhu optimum.

Bagaimanapun, seiring dengan kemajuan teknologi, enjin kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api (ECU) yang mana akan menyesuaikan keadaan enjin dan suhu persekitaran.



Tabiat tidak memanaskan enjin sebenarnya tidak memberi kesan pada janakuasa itu. Namun, efek pada kotak gear akan mula dirasai bagi tempoh jangka masa panjang.

Bagaimana boleh terjadi?..

“Memang tiada masalah setiap pagi start enjin terus jalan, tidak akan rosakkan sistem enjin tetapi akan memberi kesan kepada gearbox.

“Sebab gearbox semasa dalam keadaan pagi tekanan tinggi, ketika rpm tengah naik. Masa tengah tinggi itulah kita masuk D atau reverse (R) yang akan memberi kesan jangka masa panjang iaitu kerosakkan dalam kotak gear.

“Reverse selalu problem, masuk gear menyentap, tidak boleh kawal tekanan kerana kerosakkan dalam gearbox. Itu bila masuk D termenung tak jalan, tukar gear tak lancar, ini tanda-tanda dalaman gearbox dah alami masalah.

“Salah satu punca, habit masuk gear D dalam keadaan enjin belum running condition,” kongsi akaun TikTok pakar gearbox JV Auto Lube. 

@jvautolube.hq#JVTipsKereta – Tak kiralah anda pengguna gearbox CVT atau gearbox conventional! Kebocoran tekanan hidraulik di dalam gearbox boleh berlaku bila anda kerap lalai dalam menjaga jadual servis minyak ATF/CVTF. Prestasi pertukaran gear bergantung pada komitmen anda dalam urusan penyelenggaraan gearbox! . . Pemilihan minyak CVT/ ATF yang betul… Dapat memanjangkan jangka hayat GEARBOX! . Sistem gearbox perlu dijaga dengan TELITI… Untuk mencegah kerosakan di masa akan datang! . Suhu dalaman gearbox perlulah TERKAWAL… Pressure dalaman gearbox perlulah STABIL… Penyelenggaraan gearbox JANGAN diabaikan… . . CVT/ ATF JV AUTO LUBE: Merawat & Meindungi Gearbox! . ✅ Memberikan perlindungan yang berganda ✅ Mencegah masalah kebocoran dalaman gearbox ✅ Mengawal kepanasan melampau ketika beroperasi ✅ Memaksimakan kecekapan pertukaran gear ✅ Memanjangkan jangka hayat gearbox ➤ Ramai yang tak tahu pentingnya penjagaan gearbox seperti mana anda menjaga enjin. Sebab itu kami tekankan lebih tentang penjagaan gearbox supaya anda tidak menjadi mangsa OVERHAUL seperti rakan-rakan kita yang lain… #CVTJVAUTOLUBE #ATFJVAUTOLUBE #ATF45HP #ATF67WS #CVTPLUS #CVT8EF #JVAutoLubeHQ #PakarGearbox #automotive #keretamanual #car #keretaimport #keretasecondhand #keretaauto #gearbox #storyanakbengkel #keretalocal #atf #reviewkereta #protonpersona #protonsaga #protonx70 #peroduamyvi #peroduaaxia #hondacity #toyotavios #mitsubishiasx #nissanalmera #bezza #ehailing #grab #cv #jdm #proton #perodua #kereta #100k #follower #thankyou #foryourpage #fyp #kereta #keretarosak #keretarosaklahpulak #bengkelkereta #rosak #tiktokpromote #viral #jvautolube #jvautolubetreatment #showcasemademebuyit #longervideos #tiktokmalaysia #100kviewers #pomen #pomenkampung #engineoil #gearbox #pakargearbox #jvautolube #keretamalaysia #workshop #malaysia #fyp #viral ♬ bunyi asal – PAKAR GEARBOX JV AUTO LUBE

Ketika menghidupkan enjin pada waktu pagi, putaran per minit enjin (rpm) akan lebih daripada 1,000rpm. 

Ketika rpm ditahap berkenaan dinasihatkan agar tidak masuk gear R atau D, biarkan dahulu turun di bawah 1,000rpm.

Ia akan merosakkan bahagian piston seal dan klac. Sekiranya anda sering melakukan tabiat tersebut, lama kelamaan akan merasai gejala sentakkan setiap kali menggunakan gear D dan R. 

Bagi memastikan jangka hayat gear lebih lama, pastikan anda menukar gear R atau D di bawah 1,000rpm.

Jika tidak sediakan kos baikpulih mencecah RM3,000 atau kadang kala lebih daripada RM5,000. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here