China rekod jualan 1.9 juta kenderaan bulan Ogos, BYD kekal dominasi pasaran

607

Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) melaporkan jualan 1.920 juta kenderaan bulan Ogos iaitu meningkat 2.5 peratus berbanding bulan sebelumnya di pasaran China.

Rekod tersebut mewakili pertumbuhan industri terutamanya dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) yang mana jualan 491,000 unit kereta elektrik (EV) dan 225,000 unit  kenderaan elektrik plug in hibrid (PHEV).



Segmen NEV menyumbang 37.3 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan sekaligus bukti kukuh kepentingan pasaran yang semakin meningkat di pasaran China.

BYD KEKAL DOMINASI PASARAN

Sementara, jenama BYD kekal mendominasi pasaran sebagai jenama terlaris bulan Ogos dengan jualan 230,077 unit kereta mewakili perkongsian pasaran 11.98 peratus. 

Diikuti Volkswagen di tangga kedua dengan jumlah jualan 195,548 unit (10.18 peratus) dan Toyota berada dengan jualan 155,491 kenderaan (8.10 peratus).

Manakala, Honda mengikuti rapat di tempat keempat, dengan jualan kenderaan sebanyak 102,105 unit, menguasai perkongsian pasaran 5.32 peratus.

Mengakhiri tangga lima teratas adalah jenama Changan menerusi jualan kenderaan 82,243 unit dengan perkongsian pasaran 4.28 peratus. 

Sementara itu, perubahan strategi penghantaran Tesla berskala besar pada bulan Ogos membawa peningkatan kepada 122 peratus tahun ke tahun. Sekaligus mengukuhkan posisi pemain penting dalam pasaran EV China. 

Tahun sebelumnya, Tesla melakukan penghantaran berskala besar pada akhir setiap suku tahun.

BYD KUASAI PASARAN EV & PHEV

BYD mendahului segmen NEV China bagi kedua-dua kategori EV dan PHEV. Ia menguasai perkongsian pasaran 25 peratus dalam pasaran EV China dan 48 peratus bagi kategori PHEV untuk bulan Ogos. 

Bagi pasaran EV penuh, BYD kekal pemain utama menerusi jualan 123,712 kenderaan mewakili perkongsian pasaran 25.20 peratus. 

Tesla berada pada kedudukan kedua dengan jumlah jualan 64,694 kenderaan iaitu perkongsian pasaran 13.18 peratus. 

Aion mendapat tempat ketiga dengan 52,057 kenderaan terjual (10.60 peratus) diikuti Wuling dan Nio melengkapkan senarai lima teratas. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here