70 peratus kes kenderaan terbakar berpunca sistem pendawaian elektrik

388

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merekodkan 632 kes kenderaan terbakar di negeri ini sejak Januari lalu hingga semalam.

Pengarahnya, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kira-kira 70 peratus kejadian terlibat berpunca daripada sistem pendawaian elektrik.



Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 12 insiden menyebabkan kecederaan dan empat kes kematian dilaporkan.

“Jumlah kes kebakaran kenderaan itu termasuk 59 direkodkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam (59), Pelabuhan Klang (50), Selayang (46), Andalas (34), Cyberjaya (30), Subang Jaya (29), Sungai Buloh (27), Kajang (22), Telok Panglima Garang (21) serta Puchong (20),” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here