“Beli tunai duit tabung sejak usia 16-tahun, mak ada top-up sikit,” pasangan kembar antara pemilik terawal Kawasaki ZX-25R SE

14036
Pasangan kembar Krishnant dan Kriishor berusia 23 tahun antara pemilik 100 terawal yang menerima Kawasaki ZX-25R SE, semalam.
 
Kembar tersebut memilih warna badan Lime Green/Ebony (hijau) dan nombor plat yang sama.
 
Pasangan kembar Krishnant (kanan) dan Kriishor dari Ipoh Perak antara pelanggan 100 terawal yang menerima Kawasaki ZX-25R SE di Sentul Depot.
Ketika disoal mengapa tidak membeli sebuah ZX-25R lalu berkongsi, jawapan Krishnant bukanlah kedekut melainkan, “kami nak ride sama-sama nanti.”
 
Berasal dari Perak, pasangan kembar yang merupakan pelajar perubatan RCMP UniKL itu menyatakan sportbike 4-dapur tersebut bukan sahaja motor pertama mereka bahkan kali pertama menunggang jentera sesaran kecil.
 
 
Krishnant mengatakan sebelum ini mereka menunggang jentera berkuasa tinggi misalnya BMW S1000RR, Panigale V2, BMW 1250 GS dan Monster 620.
 
“Saya memilih ZX-25R sebabnya dia versi kecil ZX-10R didatangkan dengan ciri peralatan lebih tinggi, 4-dapur dan dah tak perlu modifikasi lagi,” jelasnya. 
 
Oleh kerana, mereka masih lagi bergelar penuntut pengajian tinggi untuk mendapatkan pinjaman sewa beli adalah mustahil. 
 
Jelas Krishnant mereka membeli sportbike tersebut secara tunai menerusi wang yang dikumpul sejak usia 16 tahun.

“Tetapi duit tak cukup, jadi mak kami ada tambah sikit. Setiap seorang kurang daripada RM7,000,” katanya yang membeli motosikal tersebut di wakil jualan Kawasaki, Shah Alam. 

 
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here