Suzuki tingkatkan pelaburan pemasangan di Malaysia menerusi jenama motor, AFAZ

1539
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Presiden Suzuki Motor Corporation (SMC Jepun), Toshihiro Suzuki akan meningkatkan pelaburan pemasangan motosikal di Malaysia termasuk kerjasama dengan rakan teknikal tempatan KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB).
 
“Keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal,” tulisnya di akaun Facebook.
 
 
Perjanjian antara KMSB dan SMC tersebut melibatkan pelaburan usahasama teknikal dan pembekalan bagi jenama baru motosikal Malaysia, AFAZ.
 
Menerusi perjanjian itu, Suzuki akan membekalkan komponen penting untuk KMSB membangunkan motosikal AFAZ.
 
Kerjasama tersebut juga merupakan kelangsungan kepada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan (AM-2) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang disempurnakan pada 23 Ogos tahun lalu.
 
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam memangkin industri automotif dua roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 unit motor yang dipasarkan sepanjang 2022.
 
Secara langsung menyumbang kepada keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja, dan pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran.
 

AFAZ, jenama yang diperkenalkan oleh KMSB, akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran dan Inovasi (RDCI) tempatan dengan fokus utama terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi.

 

 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here