Ditendang keluar dari pesawat gara-gara bau badan busuk

484

Sepasang suami isteri memfailkan saman terhadap sebuah syarikat penerbangan selepas dihalau keluar gara-gara bau badan busuk.

Pasangan Yahudi Ortodok mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi agama dan kaum. Dalam tindakan sivil itu, Yehuda Yosef Adler dan Jennie Adler menyatakan mengalami penghinaan, rasa malu dan penderitaan mental serta emosi susulan insiden itu.



Menurut Yossi Adler, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami menghalau dirinya, isteri dan anak berusia 19-bulan dari pesawat atas dakwaan ‘bau badan busuk’.

“Sebaik sahaja kami dibawa keluar, mereka menutup pintu pagar lalu berkata,  ‘Maaf tuan, ada orang mengadu bau badan’ dan tidak membenarkan kami masuk semula,” jelasnya.

Keliru dengan insiden berkenaan, isterinya bertanyakan tentang bau badan mereka kepada pengguna terminal lapangan terbang yang lain serta kakitangan penerbangan.

Namun, tiada yang memberi jawapan dengan jujur. Selepas dihalau keluar, keluarga tersebut juga tidak mendapat semula bagasi mereka walaupun kru pesawat menyatakan akan mengembalikannya semula. 

Dalam sesi temubual, Adler memberitahu mereka telah mandi sebelum penerbangan pagi berkenaan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, American Airlines berkata: Keluarga itu dikeluarkan kerana penumpang mengadu tentang bau badan dan tiada berkaitan dengan isu agama mahupun perkauman. 

Mereka juga diberikan bilik hotel dan baucar makan malam dan tiket pesawat baru keesokan harinya.

KES SENYAP SELEPAS FAIL SAMAN

Kejadian tersebut berlaku pada Januari 2019 bagi penerbangan ke Detroit. Kemudian pada 28 Januari, tahun yang sama keluarga itu memfailkan saman.  

Menurut laporan eksklusif Mirror UK, tuntuan itu telah ditolak. Dokumen mahkamah mendedahkan ia dilakukan dengan prejudis. 

Plaintif Adler dan isterinya Jennie tidak akan dapat memfailkannya semula dan meneruskan tindakan undang-undang yang sama terhadap syarikat penerbangan itu.

Dokumen itu menyatakan bahawa ‘pembubaran kes dengan prejudis’ adalah tertakluk kepada pembukaan semula jika penyelesaian tidak diselesaikan dan seterusnya menyatakan bahawa semua pihak mesti membayar sendiri yuran guaman dan peguam. 

Selepas 60 hari kes itu ditolak secara rasmi pada 10 April 2020, tiada tindakan lanjut diambil. Kes itu telah ditutup. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here