Bekas ‘pak guard’ rempuh anggota JPJ didenda RM5,000

405

Penunggang motosikal yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga cedera ketika sekatan jalan raya (SJR) Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson. 

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah.



Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguatkuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, dari menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here