China eksport 436,000 kenderaan Ogos lalu, capai 3.22 juta dalam tempoh 8-bulan (2023)

404

Eksport kereta China mencecah 436,000 unit pada Ogos lalu dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 39 peratus.

Dari Januari hingga Ogos 2023,  China mencapai 3.22 juta unit kenderaan eksport dengan pertumbuhan 65 peratus. China kini mengatasi Jepun menjadi pengeksport automotif terbesar dunia.



Pada 2021, eksport kenderaan China mencapai 2.19 juta unit dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 102 peratus. Diikuti, satu lagi lonjakan pada 2022 dengan jualan eksport mencecah 3.4 juta unit, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 55 peratus.

Harga purata eksport kereta dalam lapan bulan pertama tahun ini meningkat kepada USD 20,000 (RM93,810) berbanding tahun sebelumnya USD 18,000 (RM84.429).

Januari hingga Ogos, harga purata kereta yang dieksport China meningkat lebih daripada 11 peratus. Oleh itu, jumlah nilai eksport kereta China meningkat kira-kira 85 peratus dalam tempoh yang sama.

Industri automotif China mencapai pertumbuhan yang ketara dalam pasaran eksport global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 2021, di tengah cabaran pandemik, pengeluaran kereta di beberapa negara mengalami penurunan yang ketara.

Dalam tempoh ini, pembuat kereta China mengembangkan bahagian pasaran mereka dalam eksport yang menunjukkan pertumbuhan sejak tiga tahun lalu.

KEHADIRAN KUKUH DI RUSIA DAN AMERIKA LATIN

Kisah kejayaan eksport automotif China bermula dengan kehadiran yang kukuh di negara seperti Rusia dan beberapa negara Amerika Latin di benua Amerika.

Pada 2022, China mengeksport 160,000 kenderaan ke Rusia. Dari Januari hingga Ogos 2023, China mengeksport 544,000 unit mewakili peningkatan tahun ke tahun sebanyak 664 peratus.

Bulan lalu, China mengeksport sebanyak 80,000 kenderaan ke Rusia dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1,340 peratus. Walaupun merekodkan penurunan bulan ke bulan sebanyak 15 peratus berbanding Julai.

Peningkatan dalam eksport, trak besar dan traktor telah memacu pertumbuhan tersebut. Negara-negara Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Kyrgyzstan juga menjadi pusat tumpuan baharu eksport kereta China.

PASARAN EV CHINA DI EROPAH DAN ASIA TENGGARA

Sementara, kenderaan elektrik (EV) China terutamanya menemui laluan ke pasaran Eropah Barat dan Asia Tenggara. Sepanjang dua tahun yang lalu, Belgium, Sepanyol, Slovenia dan United Kingdom di Eropah Barat dan Selatan menjadi destinasi eksport yang terkenal.

Tahun ini, eksport ke negara Asia Tenggara seperti Thailand menunjukkan peningkatan positif. Jenama seperti kereta penumpang SAIC dan BYD penyumpang utama bagi eksport EV.

Jumlah eksport dijangka kekal kukuh pada 2023, mengekalkan momentum pada suku keempat 2022. Ini disebabkan sekatan yang dilancarkan negara Barat ke atas Rusia, eksport kereta China ke Rusia akan terus berkembang.

Satu lagi ialah permintaan global untuk EV semakin meningkat dan China ialah pengeluar utama bateri kuasa dan EV serta akan terus mengeksport produk EV ke pasaran lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here