Artroniq Bhd bakal lancar skuter elektrik United asal Indonesia ke pasaran tempatan

470

Artroniq Bhd bakal membawa masuk motor elektrik United E-Motor asal Indonesia. Sebagai permulaan, Atroniq akan membawa masuk tiga model iaitu TX3000, TX1800 dan MX1200.

Pengedar rasmi jenama United di pasaran tempatan itu bakal melancarkan rangkaian model pertama tersebut pada Oktober depan.



Di samping itu, bagi mengukuhkan rangkaian jualan dan perkhidmatan jenama berkenaan, Artroniq Bhd menyatakan akan membangunkan kilang dan pusat pemasangan serta wakil jualan di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

UNITED TX1800 dan TX3000 

United  TX3000 dengan gaya rekaan skuter maksi dijual pada harga Rp49.9 juta (RM15,111) di Indonesia.

Skuter elektrik itu didatangkan dengan tiga peringkat kelajuan yang pertama 40kmj, kedua (60kmj) dan kelajuan maksimum 90kmj.

Rekaan mirip Yamaha NMax itu dipadankan dengan lampu depan LED yang moden serta lampu belakang tersendiri.

TX3000 dilengkapi dengan dua slot bateri lithium 60V 28 Ah yang mana isian penuh menawarkan perjalanan sejauh 120km.

Ia juga memiliki kemampuan pengecasan pantas yang mana United mendakwa isian bateri daripada 0-80 peratus hanya mengambil masa empat jam.

Pada bahagian kaki skuter tersebut menggunakan suspensi teleskopik di depan dan model ganda yang dilengkapi dengan sub tank di belakang.

United TX18000

Sementara TX1800 yang berharga Rp33.9 juta (RM10,273) diperkenalkan di Indonesia sekitar September tahun lalu. 

Ia merupakan motor elektrik bagi urban sejati yang menginginkan kuasa bateri yang lebih responsif dan bertenaga.

Seperti mana TX3000, United TX1800 juga didatangkan dengan tiga peringkat kelajuan iaitu 55kmj, 70kmj dan 75kmj. Cuma ia didatangkan dengan satu slot lithium 60V 28Ah.

Manakala pengecasan pantas mampu dicapai dalam tempoh 1.5 jam daripada 0-80 peratus.

United TX1800 dan TX3000 dibekalkan dengan ciri Sistem Brek Combi (CBS), paparan skrin digital, binaan dalam bluetooth, One-Key Easy Opening, dan pelana dengan engsel hidraulik.

Kedua-dua skuter tersebut ditawarkan dengan aplikasi U-Key yang mana pemilik boleh memantau lokasi dan informasi motor hanya pada telefon pintar.

UNITED MX1200

Sementara, MX1200 pula skuter elektrik kompak dan futuristik sesuai untuk kegunaan dalam bandar.

Lampu depan LED digabungkan dengan lampu nyala siang (DRL) manakala lampu belakangnya pula memiliki rekaan unik.

United MX-1200 dikuasakan motor elektrik 72 volt dengan kuasa maksimum 2200W, dengan bateri jenis Graphene berkapasiti 72V 20AH.

Skuter berharga Rp15.8 juta (RM4,788) itu mampu mencapai kelajuan maksimum 65kmj dengan jarak perbatuan 80km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here